Memperkenalkan Bon Simpanan Singapura

Pemerintah Singapura akan memperkenalkan Bon Simpanan Singapura dari 1 September 2015, untuk menyediakan individu dengan cara selamat dan fleksibel untuk menabung buat jangka masa panjang.

Apa itu Bon Simpanan?

Bon Simpanan adalah sejenis bon istimewa pemerintah yang direka cipta untuk individu. Ciri-citi utamanya adalah:

  • Selamat: Bon Simpanan dijamin sepenuhnya oleh Pemerintah Singapura, membuatkannya salah satu alat pelaburan yang amat selamat untuk dipegang. Tambahan lagi, pelabur boleh sentiasa menebuskan bon untuk jumlah pelaburan permulaan tanpa kerugian modal.
  • Jangka masa panjang: Anda boleh melabur sehingga sepuluh tahun, dengan faedah jumlah yang meningkat dari masa ke semasa. Lebih lama anda menabung, lebih tinggi pulangan anda.
  • Penebusan fleksibel: Anda boleh memutuskan untuk keluar daripada pelaburan anda pada sebarang bulan, tanpa penalti. Tidak perlu untuk memutuskan mengenai tempoh pelaburan pada permulaan.

Bagaimana boleh saya beli?

Untuk membeli Bon Simpanan, anda perlu untuk mempunyai akaun bank dengan DBS/POSB, OCBC atau UOB, dan akaun sekuriti CDP peribadi dengan Perkhidmatan Kredit Langsung (DCS) yang aktif.

Permohonan untuk pengeluaran Bon Simpanan yang pertama akan dibuka pada 1 September 2015. Bon Simpanan yang baru akan dikeluarkan pada setiap bulan selepas itu, jadi tidak perlu untuk terburu-buru mendapatkannya pada pengeluaran yang pertama.

Anda akan boleh membeli Bon Simpanan melalui ATM DBS/POSB, OCBC atau UOB. Pelanggan DBS/POSB juga boleh memohon melalui perbankan internet. Yuran yang tidak dikembalikan sebanyak $2 akan dikenakan untuk setiap permohonan. Mulakan pelaburan dengan serendah $500, sehingga $50,000 untuk setiap pengeluaran Bon Simpanan. Pada bila-bila masa, anda boleh menyimpan sehingga maksimum $100,000 dalam jumlah keseluruhan.

Maklumat Lanjut

Klik di sini untuk memuat turunkan lembaran fakta produk. Untuk menghubungi kami, hantarkan emel dengan pertanyaan anda ke <contact@savingsbonds.sg>  atau hubungi talian penting Bon Simpanan di 6221-3682.